Sunday, March 30, 2008

Ulasan Akhbar Penggal 2 Miggu 2

http://cyberita.asia1.com.sg/singapura/story/0,3617,115785,00.html?

Artikel ini menggambarkan salah satu daripada berbagai langkah yang diambil oleh Singapura bagi menitikberatkan peranan kita sebagai pusat pelancongan di Asia Tenggara. Meningkat taraf lapangan terbang dan prasarana lain hanya langkah pertama; rakyat Singapura mesti membina sikap peramah dan memperbaiki perkhidmatan pelanggan. Walaupun jumlah pelancong meningkat, kami tidak boleh leka. Industri pelancongan di negara China dan India berkembang, dan kedua-dua negara merupakan halangan bagi kemajuan Singapura. Pada pendapat saya, Singapura harus mengikut saluran ASEAN untuk mengiklankan semua negara di Asia Tenggara sebagai kumpulan untuk pelancongan. Saranan ini membolehkan industri pelancongan negara-negara ASEAN maju, membina hubungan yang lebih rapat dan membina destinasi pelancongan yang baru.