Saturday, July 5, 2008

http://cyberita.asia1.com.sg/singapura/story/0,3617,122242,00.html



ORGAN MANUSIA BUKAN UNTUK DIJUAL BELI



Kes yang melibatkan dua warganegara Indonesia yang cuba menjual ginjal mereka kepada golongan Singapura yang berada telah menimbulkan perdebatan tentang etika jualan dan permindahan organ-organ. Isu yang dikemukakan termasuk eksploitasi golongan miskin dan penyalahgunaan polisi HOTA yang telah menghakis keberkesanan sistem dermaan organ di Singapura.



Adakah penjualan organ merupakan exploitasi golongan miskin di negara-negara membangun? Menjual organ telah menjadi usaha terakhir bagi segelintir orang yang telah kehabisan pilihan. Mereka tidak mempunyai sijil pendidikan, gaji bulanan dan terpaksa menyokong keluarga dan anak mereka antara harga kehidupan yang semakin meningkat. Mereka tidak akan memberikan izin termaklum atau 'informed consent' dan tidak sedar tentang kesan negatif dan risiko pembedahan dan menderma organ mereka. Izin termaklum merupakan asas etika perubatan moden dan kes ini boleh dilihat sebagai eksploitasi dan hak asasi manusia. Ada juga kebimbangan sindiket-sindiket jeneyah terbabit dalam perdagangan organ haram.



Selain itu, pejualan organ ialah kelakuan yang tidak adil dan akan menjejaskan sistem kesihatan di Singapura. Golongan pesakit kaya akan mendapat kelebihan dan dapat melangkau senarai tunggu panjang yang menghindari pesakit lain mendapat permindahan organ yang diperlukan. Walaupun bilangan warganegara Singapura telah membeli organ dan menjalani pembedahan di luar negara masih rendah (kurang daripda 300 pesakit), tren ini semakin meningkat. Pemberian dan penerimaan rasuah boleh bermula di sistem kesihatan Singapura apabila pesakit-pesakit dalam keadaan genting cuba mencari peluang untuk hidup.



Walaupun perkara ini membimbangkan, bolehkan kami membiarkan peaskit-peaskit mati? Jika penjualan organ boleh memastikan penakatan pesakit, golongan masyarakat yang berpegang teguh kepada pengekalan etika dan prinsip moral perbubatan terpaksa menerima kelakuan ini. Apatah lagi, penjualan organ boleh menolong melegakan tekanan atas sistem kesihatan untuk memperuntukkan organ pindahan kepada semua pesakit. Sumber alam boleh diketepikan bagi menolong golongan miskin jika perdagangan organ dibenarkan kerana golongan berada tidak dipaksa untuk mengikut sistem formal.

Pada pendapat saya, perdaganagan organ merupakan pilihan efektif, jika ia dikawal dan dilaraskan oleh pemerintah ataupun pertubuhan kesihatan tersenderi. Walaupun ia mungkin elitis dan tidak elok bagi mengekalkan kesamaan dalam masyarakat, keperluan meyelamatkan nyawa harus diberi keutamaan.

332 patah perkataan

1 comment:

ninda said...

Semak ejaan dan penggunaan kata yang adakalanya tidak sesuai.
Namun, ulasan agak menyeluruh kerana membincangkan sudut negatif dan positif, boleh diperluaskan penjelasan mengenai keberkesanan langkah penguatkuasaan pemerintah mengenai tren tersebut dan bagaimana pemerintah boleh memainkan peranan dalam hal ini.

Isi = 10/15
Bahasa = 10/15
Jumlah = 20/30

Ckg Elina