Sunday, August 3, 2008

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0803&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_02.htm

Pembekal Nike didakwa aniaya pekerja

Kes penganiayaan dan eksploitasi pekerja lazim dijumpa dalam berita, dan termasuklah dalam bilangan syarikat-syarikat yang dituduh ialah perbadanan-perbadanan multinasional (MNC). Ia jelas bahawa pengeksploitasian pekerja merupakan kesan negatif globalisasi dan negara-negara mesti sedar tentang dan mengambil langkah bagi menghentikan larangan-larangan hak asasi manusia yang menular.

Seseorang tidak boleh mengunakan pemikiran naif bagi memahami dan menilai pilihan syarikat multinasional bagi memindahkan pelaburan dan perkilangan mereka kepada Asia Tenggara dan negara-negara yang mengembang. Selain daripada mengikut tren penyejagatan dan merendahkan kos, syarikat-syarikat tersebut tertarik kepada undang-undang buruh yang tidak dikuatkuasakan. Contohnya, semua pekerja-pekerja di Perancis terpaksa diberikan lima minggu cuti wajib dan gaji yang bercukupan, berbanding dengan pekerja-pekerja di Indonesia yang mengambil gaji yang rendah dan boleh dibuang kerja jika tidak hadir.

Kes ini boleh dikatakan unik kerana ia syarikat tempatan yang didedahakan. Syarikat multinasional merupakan pihak yang tidak bersalah dan beretika mengkaji semula kilang kontraknya di Malaysia. Usaha daripada Nike mungkin dilancarkan bagi memulihkan pendudukan mereka sebagai syarikat yang bertanggungjawab selepas kes penganiayaan pekerja terdedah di kilang Nike di negara Indonesia dan China. Apabila menaip Nike dalam jentera pencari, seseorang dapat melihat sentimen negatif dan kempen-kempen pemulauan atau pemboikotan Nike atas pengabaian hak pekerja mereka.

Apatah lagi, pemerintah-pemerintah negara yang terlibat tidak mengambil pendirian proaktif bagi membasmikan penganiayaan tersebut. Mereka dipengaruhi oleh pelaburan modal dan cukai korporat yang akan didapati. Ada juga kebimbangan bahawa mengenalkan langkah-langkah bagi mengawal pekerja akan meningkat kos perkilangan dan menyebakan syarikat-syarikat asing berpindah ke negara lain. Kewajipan mengawal hak pekerja jatuh kepada pertubuhan-pertubuhan di luar negara (NGO), dan walaupun mereka ada pengaruhan, keputusan terakhir akan dibuat oleh pihak pemerintah.

Hanya anjakan paradigma pengguna dapat mengatasi masalah ini. Jika pengguna-pengguna sedar tentang pencbulan peraturan, mungkin syarikat-syarikat akan melaksanakan perubahan bagi mengambil kewajipan taraf kehidupan pekerja mereka. Jenama 'FairTrade' boleh digunakan sebagai contoh. Jenama tersebut diberikan kepada barang pengguna (terutamanya hasil pertanian seperti buah kopi) yang memberikan peruntungan kepada petani-petani di negara Afrika.

315 patah perkataan

1 comment:

ninda said...

Ulasan yang realistik kerana berdasarkan contoh relevan sejagat, hanya harus semak gaya bahasa penyampaiannya.


Isi = 12/15
Bahasa = 10/15
Jumlah = 22/30

Ckg Elina