Monday, April 28, 2008

Ulasan Akhbar Penggal 2 Minggu 6

http://cyberita.asia1.com.sg/singapura/story/0,3617,117690,00.html

Membinakan sistem kesihatan merupakan keperluan dan cabaran untuk semua negara. Akibat kos-kos yang meningkat(disebabkan oleh teknologi and proses perubatan yang lebih canggih), penyebaran perkhidmatan kesihatan mungkin tidak dapat sampai ke golongan yang yang berpendapatan rendah.

Ini telah menjadi rasional untuk pemerintah mengenalkan subsidi dan perlindungan insurans sehingga 80 peratus bagi pesakit di wad kelas B2 atau C. Langkah ini akan mengawal kehidupan dan mengurangkan masalah kewangan atas keluarga-keluarga yang terpaksa membayar harga rawatan yang tinggi.

Selain daripada menolong rakyat membayar kos rawatan, kemudahan-kemudahan juga mesti di dibina atau diubah suai bagi memenuhi permintaan daripada jumlah penduduk serta peratusan warga emas yang meningkat. Ini akan menimbulkan tekanan atas sistem kesihatan. Langkah-langkah yang telah diambil ialah pembinaan dua hospital yang baru, yang terletak di kawasan Yishun dan Jurong East. Pembinaan prasarana ini akan memberikan kemudahan kepada penduduk-penduduk di kawasan barat Singapura.

Sistem kesihatan mesti berubah supaya polisinya sesuai dalam zaman kita dan tidak menjadi anakronisme. Contoh ini ialah kebeneran Kementerian Kesihatan(MOH) atas rawatan liposuksi. Sekarang, doktor-doktor mesti mendapat lesen bagi menjalankan rawatan tersebut dan tempoh 15 hari sebelum rawatan. Membenarkan rawatan-rawatan baru akan mendirikan sistem kesihatan taraf sedunia dan mencapai harapan untuk Singapura menjadi hub perubatan di Asia Tenggara bagi menarik 'pelacong perubatan'.

203 patah perkataan

Sunday, April 20, 2008

Ulasan Akhbar Penggal 2 Minggu 5

http://cyberita.asia1.com.sg/singapura/story/0,3617,117000-1208469540,00.html?

Artikel ini menunjukkan contoh penekanan yang diberi kepada bangunan-bagunan dan perumahan eko. Semua bangunan di bandar eko Tianjin harus memenuhi piawaian bangunan hijua, suatu penunjuk yang telah diperkenalkan bagi memberi taraf-taraf tinggi kepada projek pembinaan baru. Walaupun teknologi yang digunakkan amat canggih, 20 peratus pembinaan baru telah dipinggirkan untuk perumahan awam yang akan diberikan subsidi.

Pada pendapat saya, langkah ini amat penting dalam mengekalkan kehidupan eko tersebut. Jika subsidi tidak diberikan, hanya golongan mewah yang dapat berfaedah, dan kerana golongon kaya hanya merupakan segelintir rakyat, bahagian majoriti masih akan bergantung kepada teknologi biasa yang mecemarkan alam sekitar. Kesimpulannya, teknologi ini tidak harus terbatas kepada satu golongan shaja, ia harus murah supaya semua orang dapat bermanfaat daipapadanya.

Walaupun saya juga bersetuju dengan kenyaatan Encik Mah Bow Tan yang berkata, "bandar eko itu bukanlah satu eksperimen makmal tetapi harus praktikal dan menerapkan teknologi yang mudah digunakan di mana-mana sahaja", saya masih berpendapat bahawa ia merupkan komen yang bersifat idealis. Teknolgi ini membawa pilihan-pilihan baru untuk kita, namun Singapura ialah negara kecil yang tidak mempunyai sumber asli untuk menyokong projek-projek sebesar ini. Menjanakan kuasa elektrik melaui tenaga angin dan solar mengunakan kawasan tanah yang besar dan tidak sesuai untuk negara kita.

Sebaliknaya, suatu cadangan alternatif yang senang ialah untuk menukar cara hidupan kita. Dengan mengurangkan sikap konsumerisme, menurunkan pengunaan kereta dan menjimatkan air and kuasa elektrik, kami dapat membina bandar eko dengan tidak bergantung kepada kemajuan teknologi.

(235 patah perkataan)

Sunday, April 13, 2008

Ulasan Akhbar Penggal 2 Minngu 4

http://cyberita.asia1.com.sg/singapura/story/0,3617,116661,00.html?

Pada hemat saya, nama dan ketujuan Sukan Olimpik telah dicemarkan oleh isu-isu siasah antara China dengan Tibet. Sukan Olimpik diadakan bagi menggalakkan keamanan dunia dan sikap kesukanan melalui wadah olahraga. Menyekat larian obor Olimpik hanya akan menimbulkan perasaan anti-China dan kebencian di negara-negara Barat, dan ini menjejaskan prestasi Sukan Olimpik Beijing dan menukarkannya menjadi acara politik.

Jikalau penujuk perasaan mahu membantah polisi negara China tentang Tibet, ia harus menitikberatkan kesalahan pemerintah China dan tidak mengunakkan larian obor Olimpik sebagai alat untuk menerbitkan pendapat. Saluran-saluran yang rasmi mesti digunakkan seperti menandatangani petisyen untuk dibincang di pemerintah negara-negara ataupun di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Walaupun bantahan-batahan tersebut boleh dianggap sebagai kontreversial, ia telah berjaya dalam tujuannya, yang itu mennaikkan kesedaran dunia tentang masalah politik Tibet. Ia telah menujukkan kepada pemerintah China penyokong Tibet tidak akan dihalang oleh kawalan media masa di China. Pemerintah China akan dipksa untuk mencari penyelesaian yang adil dengan cepat untuk menyelamatkan nama negara mereka.

Satu aspek bantahan ini amat mengecewakan. Pendapat golongan muda di China tidak diutamakan di media dunia, dan kalau negara Barat tidak dapat memahami pendapat warganegara China, perselisihan ini akan lanjut, dan boleh menyebabkan gelombang nasionalisme di China, dan ini akan mempuyai kesan negatif atas hubungan ekonomik dan politik antara Cina dan negara-negara lain.

(208 patah perkataan)

Sunday, April 6, 2008

Ulasan Akhbar Penggal 2 Minggu 3

http://cyberita.asia1.com.sg/singapura/story/0,3617,116144-1207346340,00.html?

Artikel ini melaporkan kenaikan harga beras dan langkah-langkah yang diambil untuk mengurangkan kesan-kesan negatif atas golongan yang berpendapatan rendah. Menurut artikel tersebut, pasar raya NTUC Fair Price dan Sheng Siong akan menyerap sekurangnya 10 peratus, berbanding dengan harga beras yang menaiki sebanyak 30 peratus. Hanya jenama sendiri pasar raya yang terbabit.

Pada pendapat saya, langkah ini boleh memanfaatkan golongan berpendapatan rendah, tetapi ia juga boleh membuat kekurangan beras bertambah buruk. Megekalkan harga beras tidak akan memaksa pembeli menukarkan kebiasaan mereka, dan ini akan menerukkan lagi masalah kekurangan. Walaupun nasi merupakan makanan utama Asia Tenggara, pembeli mesti fleksibel dalam pilihan makanan mereka supaya dapat mengatasi masalah tersebut.

Ada juga ketakutan tentang sikap 'kiasu' rakyat Singapura yang boleh menimbulkan pertambahan pembelian yang tidak terkawal bagi membekalkan beras. Fenomena ini sudah dilihat di bandar Hong Kong, dan boleh diibaratkan dengan peribasaha burung terbang, dipipiskan lada; kerana orang sudah bersedia sebelum kekurangan yang besar telah dipastikan. Sekarang bekalan beras masih cukup untuk mengelakkan kenaikkan harga yang besar.

Masalah kekurangan beras berpunca daripada tanaman beras yang tidak berhasil, kenaikan pembelian beras di negara Barat akibat sikap konsumerisme serta tukaran ladang beras kepada ladang kacang soya bagi menghasilkan 'bio-fuel' sebagai penggantian untuk minyak (yang juga menghadapi kenaikan harga). Semua faktor ini boleh dikaitkan dengan kesan iklim yang bertukar.

(212 patah perkataan)