Friday, June 20, 2008

Renungan Program Cuti Sekolah

Selama empat hari pada bulan Jun 2008, 25 pelajar dari Matkab Rendah Temasek meningalkan identiti mereka sebagai seorang murid, dan menjadi wakil negera-negara pilihan mereka dalam persidangan Singapore Model United Nations(SMUN), sebuah gambaran Pesatuan Bangsa Berdunia(PBB), yang disertai oleh belia-belia daripada semua pelosok dunia. Hampir 400 ratus belia daripada maktab-maktab rendah di Singapura dan pelajar antarabangsa dari negara-negara seperti Itali, Perancis dan China dibahagikan kepada sembilan jawatankuasa yang mempunyai asas di PBB, seperti Pertubuhan Kesihatan Dunia(WHO), dan Program Pembangunan PBB(UNDP). Tatacara persidangan ini mengikut prosedur formal yang digunakan di PBB.


Saya merupakan wakil negara Jepun di Perhimpunan Agung(GA), majlis terutama di PBB. Ia merupakan forum terbesar di PBB, dan dipertubahkan bagi membincangkan hal-hal am seperti polisi dan undang-undang antarabangsa. Isu yang diperdebatkan berkaitan dengan mengekalkan keselamatan di Semenanjung Gaza di Timur Tengah, dan juga menyediakan polisi alam sekitar baru yang akan menggantikan Protocol Kyoto untuk melawan pemanasan global. Dalam jangka lima sesi, jawatankuasa kita dapat menjumpai resolusi untuk kedua-dua isu, dan untuk krisis fiksi yang telah diperkenalkan untuk membawa situasi yang tidak diduga. Satu sesi dibahagikan kepada pelbagai komponen, termasuk perbahasan am, penyampaian ucapan dan mengundi atas resolusi yang disiarkan bagi pertimbangan majlis. Selain daripada membincang isu-isu politik, SMUN menganjurkan acara sosial bagi mengalakkan pergaualan antara penyerta.


Sebagai seorang pelajar, cabaran yang dihadapi saya termasuk menyampaikan pendapat yang matang secara fasih dan profesional tanpa penyediaan. Lazimnya, penyerta terpaksa memberikan bantahan atau sokongan kepada idea-idea yang telah dicadang sebelum proses undi bermula, dan mesti menyampaikan bukti dan alasannya bagi memperanguhi jumlah undi. Apatah lagi, penyerta merupakan wakil negara dan terpaksa mengambil dan mengamal sudut pandangan negara yang diwakili dan mengabaikan pendapat sendiri.

Tuntasnya, mesyuarat ini merupakan pengalaman baru yang menarik, dan saya harap pengalaman ini dapat digunakkan dalam mesyuarat Temasek Model United Nations, yang akan dikelolakan oleh SIG saya pada bulan Ogos tahun ini.

303 patah perkataan