Thursday, July 24, 2008
Ulasan Akhbar Penggal 3 Minggu 4
PROGRAM TUTUR MANDARIN, MELAYU DILUAS
Pada pendapat saya, Singapura masih belum mencapai keharmonian kaum. Keadaan sekarang mungkin merupakan toleransi kaum-kaum. Walaupun keadaan ini lebih elok daripada masalah perkauman dan rusuhan(yang mencemarkan nama negara dan mengancam ekonomi kita), dari segi sosial, Singapura masih ada pontensi untuk membangun dan membina masyarakat yang benar-benar bersepakat.
Keharmonian kaum tidak hanya terhad kepada aspek keamanan dan kemesraan. Ada juga bahagian pemahaman dan pengahargaan kaum lain, dan inilah ialah faktor yang masih belum dipupuk dalam masyarakat Singapura. Beberapa orang boleh menyatkan mereka memahami kaum lain? Beberapa orang boleh menegaskan bahawa mereka menghargai agama lain? Selepas memperhatikan ini, seseorang akan menyedari bahawa usaha untuk menggalakkan keharmonian kaum di Singapura, walaupun ia patut dipuji, tidak dapat membentuk masyarakat idaman atau masyarakat ideal.
Mempelajari bahasa kaum lain (seperti saranan yang diberikan di artikel) mungkin lebih berkesan kerana bahsa dapat mencerminkan semua aspek kaum dan memberikan wawasan yang mendalam tentang pemikiran kaum tersebut. Contohnya, peribahasa Melayu dapat membayangkan nilai-nilai terutama masyarakat Melayu. Mempelajari bahasa lain merendam seseorang dalam keunikan budaya dan membolehkan seseorang menghargai dan memahami kaum asalnya. Pada pendapat saya, program ini mesti disokong dan diperkembangkan bagi menigkat kesannya atas masyarakat.
Apabila anjuran ini dibandingkan dengan suatu kelaziman kalendar sekolah, Hari Keharmonian Kaum, perbezaan kesan amat jelas. Hari Keharmonian Kaum hanya mengenal variasi fisikal seperti kelainan baju, makanan dan adat. Ia hanya menitikberatkan perbezaan superfisial dan boleh dikatakan tidak mencapai tujuannya kerena ia menekankan bahawa kita berasal dari kaum berlainan, dan tidak mengesahkan persamaan kita sebagai warganegara Singapura. Apatah lagi, Hari Kerharmonian Kaum tidak berkesan di sekolah-sekolah yang tidak berbilang kaum, serperti sekolah SAP.
Saya akan memberikan kes negara Switzerland, yang juga berbilang kaum dan mempunyai empat bahasa nasional, bahasa Jerman, bahasa Perancis, bahasa Itali, dan bahasa Romansh. Semua pelajar harus mempelajari bahasa kaum mereka, satu bahasa kaum lain, dan digalakkan mengunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa bersama bagi berkomunikasi. Jika sistem seperti ini berjaya di negara Switzerland, ia boleh berjaya di sini juga.
319 patah perkataan
Saturday, July 5, 2008
ORGAN MANUSIA BUKAN UNTUK DIJUAL BELI
Kes yang melibatkan dua warganegara Indonesia yang cuba menjual ginjal mereka kepada golongan Singapura yang berada telah menimbulkan perdebatan tentang etika jualan dan permindahan organ-organ. Isu yang dikemukakan termasuk eksploitasi golongan miskin dan penyalahgunaan polisi HOTA yang telah menghakis keberkesanan sistem dermaan organ di Singapura.
Adakah penjualan organ merupakan exploitasi golongan miskin di negara-negara membangun? Menjual organ telah menjadi usaha terakhir bagi segelintir orang yang telah kehabisan pilihan. Mereka tidak mempunyai sijil pendidikan, gaji bulanan dan terpaksa menyokong keluarga dan anak mereka antara harga kehidupan yang semakin meningkat. Mereka tidak akan memberikan izin termaklum atau 'informed consent' dan tidak sedar tentang kesan negatif dan risiko pembedahan dan menderma organ mereka. Izin termaklum merupakan asas etika perubatan moden dan kes ini boleh dilihat sebagai eksploitasi dan hak asasi manusia. Ada juga kebimbangan sindiket-sindiket jeneyah terbabit dalam perdagangan organ haram.
Selain itu, pejualan organ ialah kelakuan yang tidak adil dan akan menjejaskan sistem kesihatan di Singapura. Golongan pesakit kaya akan mendapat kelebihan dan dapat melangkau senarai tunggu panjang yang menghindari pesakit lain mendapat permindahan organ yang diperlukan. Walaupun bilangan warganegara Singapura telah membeli organ dan menjalani pembedahan di luar negara masih rendah (kurang daripda 300 pesakit), tren ini semakin meningkat. Pemberian dan penerimaan rasuah boleh bermula di sistem kesihatan Singapura apabila pesakit-pesakit dalam keadaan genting cuba mencari peluang untuk hidup.
Walaupun perkara ini membimbangkan, bolehkan kami membiarkan peaskit-peaskit mati? Jika penjualan organ boleh memastikan penakatan pesakit, golongan masyarakat yang berpegang teguh kepada pengekalan etika dan prinsip moral perbubatan terpaksa menerima kelakuan ini. Apatah lagi, penjualan organ boleh menolong melegakan tekanan atas sistem kesihatan untuk memperuntukkan organ pindahan kepada semua pesakit. Sumber alam boleh diketepikan bagi menolong golongan miskin jika perdagangan organ dibenarkan kerana golongan berada tidak dipaksa untuk mengikut sistem formal.
Pada pendapat saya, perdaganagan organ merupakan pilihan efektif, jika ia dikawal dan dilaraskan oleh pemerintah ataupun pertubuhan kesihatan tersenderi. Walaupun ia mungkin elitis dan tidak elok bagi mengekalkan kesamaan dalam masyarakat, keperluan meyelamatkan nyawa harus diberi keutamaan.
332 patah perkataan
Friday, June 20, 2008
Renungan Program Cuti Sekolah
Saya merupakan wakil negara Jepun di Perhimpunan Agung(GA), majlis terutama di PBB. Ia merupakan forum terbesar di PBB, dan dipertubahkan bagi membincangkan hal-hal am seperti polisi dan undang-undang antarabangsa. Isu yang diperdebatkan berkaitan dengan mengekalkan keselamatan di Semenanjung Gaza di Timur Tengah, dan juga menyediakan polisi alam sekitar baru yang akan menggantikan Protocol Kyoto untuk melawan pemanasan global. Dalam jangka lima sesi, jawatankuasa kita dapat menjumpai resolusi untuk kedua-dua isu, dan untuk krisis fiksi yang telah diperkenalkan untuk membawa situasi yang tidak diduga. Satu sesi dibahagikan kepada pelbagai komponen, termasuk perbahasan am, penyampaian ucapan dan mengundi atas resolusi yang disiarkan bagi pertimbangan majlis. Selain daripada membincang isu-isu politik, SMUN menganjurkan acara sosial bagi mengalakkan pergaualan antara penyerta.
Sebagai seorang pelajar, cabaran yang dihadapi saya termasuk menyampaikan pendapat yang matang secara fasih dan profesional tanpa penyediaan. Lazimnya, penyerta terpaksa memberikan bantahan atau sokongan kepada idea-idea yang telah dicadang sebelum proses undi bermula, dan mesti menyampaikan bukti dan alasannya bagi memperanguhi jumlah undi. Apatah lagi, penyerta merupakan wakil negara dan terpaksa mengambil dan mengamal sudut pandangan negara yang diwakili dan mengabaikan pendapat sendiri.
Tuntasnya, mesyuarat ini merupakan pengalaman baru yang menarik, dan saya harap pengalaman ini dapat digunakkan dalam mesyuarat Temasek Model United Nations, yang akan dikelolakan oleh SIG saya pada bulan Ogos tahun ini.
303 patah perkataan
Wednesday, May 21, 2008
Ulasan Akhbar Penggal 2 Minggu 9
Bencana alam telah melanda dua negara yang bedekatan Singapura pada minggu lalu; gempa bumi yang berlaku di daerah Sichuan di negara China, dan taufan Nargis yang merempuh negara Myanmar. Walaupun mautan di kedua-dua negara telah mencecah seratus ribu, nombor ini dijangka naik kerena usaha mencari dan menyelemat tidak dapat berhasil akibat keengganan pemerintah China dan Myanmar untuk menerima pertolongan daripada negara atau organisasi lain.
Di negara Myanmar, pemerintah ketenteraan yang terdesak untuk mengekalkan kuasa mereka dalam iklim politik yang bercondong kepada mengenalkan sistem demokratik baru telah merampas dermaan internasional dan membahagikannya sendiri. Negara China telah menolak tawaran pertolongan daripada negara-negara Korea Selatan dan Austrailia.
Walaupun kita mesti meghormati pilihan pemerintah lain, hak asasi manusia telah dicabuli. Rakyat mereka masih memerlukan pertolongan tetapi pemerintah-pemerintah memberikan tumpuan mereka kepada menguatkan kuasa and imej mereka. Ini telah menimbulkan kemarahan di antara negara lain dan warganegara mereka yang telah berhijrah tetapi masih ada kaitan degan asal-usul mereka.
Langkah-langkah mesti diambil bagi memastikan keselamatan mangsa-mangsa bencana tersebut. Organisasi-organisasi pertolongan (seperti Palang Merah) mesti mengambil pandangan dan keputusan agresif dalam membahagikan pertolongan, dan mesti fungsi bersendirian dan tidak bergantung kepada pemerintah. Kedua, negara lain mesti mengunakkan pengaruhan politik mereka bagi memaksa negra China dan Myanmar menerima pertolongan lain. Malah, hanya anjakan paradigma pemerintah yang akan menterbalikan kesan-kesan buruk.
(211 patah perkataan)
Monday, May 12, 2008
Ulasan Akhbar Penggal 2 Minggu 8
Langkah yang telah diambil ada kesan baik serta kesan buruk. Walaupun sebuah Persatuan Polis Muslim boleh bertindak demi mengawal kepentingan masyarakat Islam, ia juga boleh dilihat sebagai halangan kepada masyarakat Islam bagi mengasimilasikan diri dalam rakyat Britain, dan akan meningkatkan pengaggapan masyarakat Islam sebagai golongan yang asing.
Persatuan polis tersebut boleh berfungsi sebagai hubungan antara masyarakat Islam dengan pemerintah agar menurunkan bilangan masalah perkauman yang boleh dikemukakan oleh polisi-polisi rakyat yang tidak adil. Satu contoh berlaku di negara Perancis, apabila sekolah-sekolah melarang budak-budak Sikh memakai 'turban', yang merupakan keperluaan agama mereka. Perbuatan ini telah menimbulkan ketidakpuasan hati dan kemarahan di golongan Sikh yang menetap di situ. Jika sebuah organisasi telah dipertubuhkan bagi menekankan hak awam kelompok minoriti, mungkin perselisihan seperti ini boleh dielakkan. Ini mungkin menjadi peranan Persatuan Polis Muslim.
Namun, pasukan polis yang dibina berdasarkan agama akan menghadapi masalah. Ia boleh mewujudkan fenomena 'reverse discrimination' atau diskriminasi yang menyokong kepentingan minoriti dan memberikan golongan tersebut faedah yang tidak seimbang. Ini akan meningkat perasaan curiga dan sangsi. Untuk melawan ini, golongan minoriti mesti menjadi lebih terbuka dan cuba menyesuaikan diri dan tidak boleh bersambung bergaul di masyatakat sendiri.
Masalah perkauman merupakan sesuatu kesan negatif globalisasi. Dalam negara-negara kosmopolitan, perselisihan faham tentu akan berlaku, dan orang mesti memupuk sikap bertoleran dalam watak sendiri. Sistem demokrasi dan meritokrasi mesti diperkenalkan dan diperkuatkan bagi semua orang dapat peluang yang seimbang.
227 patah perkataan
Saturday, May 3, 2008
Ulasan Akhbar Minggu 7
http://cyberita.asia1.com.sg/singapura/story/0,3617,118062,00.html?
Artikel ini telah mengemukakan pemilikian kereta yang telah menjadi satu kebiasaan di masyarakat Singapura. Apatah lagi, padangan kereta sebagai lambang kekayaan dan penentu taraf sosial telah mengningkatkan kepentingan yang diberi kepada kereta walaupun kos memandu masih tinggi.
Selain daripada membeli kereta dan membayar cukai COE, pemilik kereta juga terpaksa mengeluarkan duit untuk minyak, cukai jalan raya dan isurans bulanan. Beberapa langkah tersebut(seperti COE) telah diperkenalkan oleh pemeritah Singapura bagi menghadkan bilangan kereta di Singapura. Namun, ia tidak berkesan. Nombor kereta di jalan raya masih bertambah.
Bersama dengan inflasi harga dan kenaikan harga minyak, memandu akan menjadi tabiat yang memakan belanja dan masyarakat mesti menyesuaikan diri kepada pilihan lain seperti pengakutan awam atau mengurangkan pengunaan kereta. Ini juga ada kesan positif atas alam sekitar, kerana carbon dioxida yang dikeluarkan merupakan gas rumah kaca yang mendatangkan fenomena pemanasan global. Ada juga kereta hibrid yang boleh dijalankan dengan megunakan minyak atau dengan kuasa elektrik dari bateri-bateri. Ini akan mengurangkan pengeluaran gas-gas dari kereta. Kajian dan eksperimen sedang dilakuan untuk menilai kegunaan enjin kereta yang mengunakkan hidrogen atau 'bio-fuel'(minyak daripada timbuh-tumbuhan), yang tidak akan mencemar alam sekitar.
Secra kesimpulannya, pemilik-pemilik kereta mesti sedar akan kesan memandu atas perbelanjaan dirinya, supaya boleh mebuat pilihan yang baik.
201 patah perkataan.
Monday, April 28, 2008
Ulasan Akhbar Penggal 2 Minggu 6
Membinakan sistem kesihatan merupakan keperluan dan cabaran untuk semua negara. Akibat kos-kos yang meningkat(disebabkan oleh teknologi and proses perubatan yang lebih canggih), penyebaran perkhidmatan kesihatan mungkin tidak dapat sampai ke golongan yang yang berpendapatan rendah.
Ini telah menjadi rasional untuk pemerintah mengenalkan subsidi dan perlindungan insurans sehingga 80 peratus bagi pesakit di wad kelas B2 atau C. Langkah ini akan mengawal kehidupan dan mengurangkan masalah kewangan atas keluarga-keluarga yang terpaksa membayar harga rawatan yang tinggi.
Selain daripada menolong rakyat membayar kos rawatan, kemudahan-kemudahan juga mesti di dibina atau diubah suai bagi memenuhi permintaan daripada jumlah penduduk serta peratusan warga emas yang meningkat. Ini akan menimbulkan tekanan atas sistem kesihatan. Langkah-langkah yang telah diambil ialah pembinaan dua hospital yang baru, yang terletak di kawasan Yishun dan Jurong East. Pembinaan prasarana ini akan memberikan kemudahan kepada penduduk-penduduk di kawasan barat Singapura.
Sistem kesihatan mesti berubah supaya polisinya sesuai dalam zaman kita dan tidak menjadi anakronisme. Contoh ini ialah kebeneran Kementerian Kesihatan(MOH) atas rawatan liposuksi. Sekarang, doktor-doktor mesti mendapat lesen bagi menjalankan rawatan tersebut dan tempoh 15 hari sebelum rawatan. Membenarkan rawatan-rawatan baru akan mendirikan sistem kesihatan taraf sedunia dan mencapai harapan untuk Singapura menjadi hub perubatan di Asia Tenggara bagi menarik 'pelacong perubatan'.
203 patah perkataan