Saturday, August 23, 2008

Rapat Umum Hari Kebangsaan 2008

Rapat Umum Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong, yang diucapkan dalam bahasa Melayu, merangkumi beberapa isu yang berkaitan dengan masyarakat Melayu/Islam seperti inflasi, kos hidup yang bertambah naik, pendidikan madrasah dan projek peningkatan masjid.

Saya hendak membei komentar tentang projek peningkatan masjid yand disarankan oleh Perdana Menteri. Pada pendapat saya, ia jelas bahawa projek ini tidak hanya dilancarkan bagi mejalankan ubah suai fisikal bagi memberikan kemudahan-kemudahan moden kepada bangunan lama, tetapi untuk menubuhkan masjid-masjid Singapura sebagai tunggak pembangunan masyarakat dari segi sosial dan segi kebudayaan. Langkah ini patut dipuji kerana ia merupakan tindakan di akar umbi yang akan memberikan faedah kepada seluruh masyarakat.

Dalam ucapan Ingerris, PM Lee mengemukakan langkah-langkah baru dalam rancangan induk bagi meningkatkan jumlah bayi yang dilahirkan di Singapura. Walaupun jumlah kadar kesuburan ataupun "total fertility rate" Singapura biasa untuk negara maju, kekurangan pekerja akan mengurangkan kebolehan kita bersaing dalam ekonomi global. Saya tidak puas dengan langkah-langkah baru kerana ia masih menitikberatkan pertolongan wang sebagai insentif untuk melahirkan anak.

Kos membesarkan anak cukup tinggi, malah ia tidak merupakan faktor yang mengelakkan pasangan suami isteri daripada membina rumahtangga. Pasangan suami isteri tidak rela melahirkan anak kerana cara hidup di Singapura tidak sesuai. Kedua-dua ibu bapa akan bekerja dan tidak mempunyai masa bagi menjaga bayi. Langkah-langkah yang diperkenalkan mesti menangani masalah ini dan tidak boleh bengantung kepada insentif wang untuk menyelesaikan semua masalah yang ditemui.

Selain daripada menlanjutkan jangka masa cuti bersalin dan memberikan peluang ini kepada golongan bapa, pemerintah mesti mempertimbangkan cadangan bagi memberikan cuti bergaji yang berlamaan dan fleksibel. Kos yuran tadika, prasekolah dan pusat asuhan kanak-kanak mesti diberikan subsidi. Langkah seprti ini telah berjaya dalm negara Eropah. Walaupun begitu, negara-negara Eropah merupakan negara kebajikan atau"welfare state", dan langkah-langkah yang berjaya di sana mungkin tidak sesuai untuk negara kita.

Saya beranggapan cadangan pemerintah bagi meningkatkan perkahwinan amat naif dan tidak sesuai dengan membayangkan masyarakat Singapura sebagai moden dan progesif. Konsep mencari jodoh boleh dilihat sebagai konservatif dan mengawal.

1 comment:

ninda said...

Ulasan yg jujur namun perlu memberikan alternatif yg lebih sesuai bagi menangani masalah kekurangan kelahiran.

Isi = 12/15
Bahasa = 10/15
Jumlah = 22/30

Ckg Elina