Sunday, April 6, 2008

Ulasan Akhbar Penggal 2 Minggu 3

http://cyberita.asia1.com.sg/singapura/story/0,3617,116144-1207346340,00.html?

Artikel ini melaporkan kenaikan harga beras dan langkah-langkah yang diambil untuk mengurangkan kesan-kesan negatif atas golongan yang berpendapatan rendah. Menurut artikel tersebut, pasar raya NTUC Fair Price dan Sheng Siong akan menyerap sekurangnya 10 peratus, berbanding dengan harga beras yang menaiki sebanyak 30 peratus. Hanya jenama sendiri pasar raya yang terbabit.

Pada pendapat saya, langkah ini boleh memanfaatkan golongan berpendapatan rendah, tetapi ia juga boleh membuat kekurangan beras bertambah buruk. Megekalkan harga beras tidak akan memaksa pembeli menukarkan kebiasaan mereka, dan ini akan menerukkan lagi masalah kekurangan. Walaupun nasi merupakan makanan utama Asia Tenggara, pembeli mesti fleksibel dalam pilihan makanan mereka supaya dapat mengatasi masalah tersebut.

Ada juga ketakutan tentang sikap 'kiasu' rakyat Singapura yang boleh menimbulkan pertambahan pembelian yang tidak terkawal bagi membekalkan beras. Fenomena ini sudah dilihat di bandar Hong Kong, dan boleh diibaratkan dengan peribasaha burung terbang, dipipiskan lada; kerana orang sudah bersedia sebelum kekurangan yang besar telah dipastikan. Sekarang bekalan beras masih cukup untuk mengelakkan kenaikkan harga yang besar.

Masalah kekurangan beras berpunca daripada tanaman beras yang tidak berhasil, kenaikan pembelian beras di negara Barat akibat sikap konsumerisme serta tukaran ladang beras kepada ladang kacang soya bagi menghasilkan 'bio-fuel' sebagai penggantian untuk minyak (yang juga menghadapi kenaikan harga). Semua faktor ini boleh dikaitkan dengan kesan iklim yang bertukar.

(212 patah perkataan)

1 comment:

ninda said...

Menunjukkan perubahan positif dari segi isi perbincangan berbanding dengan ulasan minggu lepas. Namun mohon semak taipan ejaan seperti "megekalkan" dan "kenaikkan". Kamu juga tidak perlu menyelitkan ringkasan laporan.


Isi = 7
Bahasa = 7
Jumlah = 14/20

Cikgu Elina