Sunday, April 13, 2008

Ulasan Akhbar Penggal 2 Minngu 4

http://cyberita.asia1.com.sg/singapura/story/0,3617,116661,00.html?

Pada hemat saya, nama dan ketujuan Sukan Olimpik telah dicemarkan oleh isu-isu siasah antara China dengan Tibet. Sukan Olimpik diadakan bagi menggalakkan keamanan dunia dan sikap kesukanan melalui wadah olahraga. Menyekat larian obor Olimpik hanya akan menimbulkan perasaan anti-China dan kebencian di negara-negara Barat, dan ini menjejaskan prestasi Sukan Olimpik Beijing dan menukarkannya menjadi acara politik.

Jikalau penujuk perasaan mahu membantah polisi negara China tentang Tibet, ia harus menitikberatkan kesalahan pemerintah China dan tidak mengunakkan larian obor Olimpik sebagai alat untuk menerbitkan pendapat. Saluran-saluran yang rasmi mesti digunakkan seperti menandatangani petisyen untuk dibincang di pemerintah negara-negara ataupun di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Walaupun bantahan-batahan tersebut boleh dianggap sebagai kontreversial, ia telah berjaya dalam tujuannya, yang itu mennaikkan kesedaran dunia tentang masalah politik Tibet. Ia telah menujukkan kepada pemerintah China penyokong Tibet tidak akan dihalang oleh kawalan media masa di China. Pemerintah China akan dipksa untuk mencari penyelesaian yang adil dengan cepat untuk menyelamatkan nama negara mereka.

Satu aspek bantahan ini amat mengecewakan. Pendapat golongan muda di China tidak diutamakan di media dunia, dan kalau negara Barat tidak dapat memahami pendapat warganegara China, perselisihan ini akan lanjut, dan boleh menyebabkan gelombang nasionalisme di China, dan ini akan mempuyai kesan negatif atas hubungan ekonomik dan politik antara Cina dan negara-negara lain.

(208 patah perkataan)

1 comment:

ninda said...

Terdapat perbincangan yang bersesuaian serta relevan. Namun perlu berhati-hati dengan ejaan dan penggunaan kata agar tahap ulasan dapat dipertingkatkan.


Isi = 7
Bahasa = 6
Jumlah = 13/20