Monday, April 28, 2008

Ulasan Akhbar Penggal 2 Minggu 6

http://cyberita.asia1.com.sg/singapura/story/0,3617,117690,00.html

Membinakan sistem kesihatan merupakan keperluan dan cabaran untuk semua negara. Akibat kos-kos yang meningkat(disebabkan oleh teknologi and proses perubatan yang lebih canggih), penyebaran perkhidmatan kesihatan mungkin tidak dapat sampai ke golongan yang yang berpendapatan rendah.

Ini telah menjadi rasional untuk pemerintah mengenalkan subsidi dan perlindungan insurans sehingga 80 peratus bagi pesakit di wad kelas B2 atau C. Langkah ini akan mengawal kehidupan dan mengurangkan masalah kewangan atas keluarga-keluarga yang terpaksa membayar harga rawatan yang tinggi.

Selain daripada menolong rakyat membayar kos rawatan, kemudahan-kemudahan juga mesti di dibina atau diubah suai bagi memenuhi permintaan daripada jumlah penduduk serta peratusan warga emas yang meningkat. Ini akan menimbulkan tekanan atas sistem kesihatan. Langkah-langkah yang telah diambil ialah pembinaan dua hospital yang baru, yang terletak di kawasan Yishun dan Jurong East. Pembinaan prasarana ini akan memberikan kemudahan kepada penduduk-penduduk di kawasan barat Singapura.

Sistem kesihatan mesti berubah supaya polisinya sesuai dalam zaman kita dan tidak menjadi anakronisme. Contoh ini ialah kebeneran Kementerian Kesihatan(MOH) atas rawatan liposuksi. Sekarang, doktor-doktor mesti mendapat lesen bagi menjalankan rawatan tersebut dan tempoh 15 hari sebelum rawatan. Membenarkan rawatan-rawatan baru akan mendirikan sistem kesihatan taraf sedunia dan mencapai harapan untuk Singapura menjadi hub perubatan di Asia Tenggara bagi menarik 'pelacong perubatan'.

203 patah perkataan

1 comment:

ninda said...

Terdapat ikhtiar yang positif bagi meningkatkan mutu ulasan namun masih terdapat ruangan untuk meluaskan perbincangan. Tiada perkataan "liposuksi" perlu diterangkan prosesnya iaitu operasi mengeluarkan lemak.

Isi = 7
Bahasa = 8
Jumlah = 15/20

Cikgu Elina